Followers

Search

 

TPM Lancar Standard Guru Malaysia

Friday, December 4, 2009


TAWAU, 2 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan, semua guru diperlukan memiliki tiga aspek amalan nilai iaitu profesionalisme perguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.

"Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen penting standard guru yang mesti dicapai oleh setiap guru di negara kita," katanya.

Muhyiddin berkata bahawa hanya dengan memiliki ketiga-tiga komponen penting itu, guru-guru dapat mencapai tahap kompetensi yang tinggi dan sekaligus melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Saya percaya bahawa Standard Guru Malaysia akan menjadi sumber rujukan yang penting bukan sahaja untuk menghasilkan guru yang kekal berkualiti tetapi juga menambah baik dasar, perancangan dan pembangunan sistem pendidikan negara," katanya.

Muhyiddin turut merasmikan Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tawau berharga RM87 juta.

Beliau berkata bahawa dalam usaha kerajaan untuk memastikan standard guru di negara ini mencapai standard yang ditetapkan, aspek latihan dan perkembangan profesionalisme guru perlu diberi perhatian utama.

Timbalan Perdana Menteri meminta semua institusi latihan perguruan di negara ini supaya terus menggembeleng tenaga untuk menyediakan program latihan perguruan berkualiti di samping sentiasa menambah baik baik infrastruktur dan infostruktur sedia ada secara berterusan.

Katanya semua warga pendidik terdiri guru, guru besar, pengetua dan pengurus serta pentadbir institusi latihan perguruan, mesti mengguna pakai garis panduan yang telah ditetapkan dalam dokumen SGM untuk memastikan kualiti pendidikan negara dapat ditingkatkan secara berterusan.

Bercakap kepada pemberita kemudian Muhyiddin berkata Malaysia mahu menjadi antara negara terbaik di dunia dalam bidang pelajaran. "Untuk itu, mestilah ada tanda aras tertentu," katanya.

Mengenai masalah kekurangan infrastruktur yang boleh menjadi kekangan untuk mencapai objektif SGM itu, Muhyiddin berkata kerajaan menyedari perkara berkenaan dan sedang mengatasinya secara berperingkat dan berterusan.

Beliau mengakui bahawa pencapaian seseorang guru boleh dipengaruhi oleh masalah infrastruktur sekolah namun fokus bagi meminimumkan kesan masalah itu termasuk di Sabah dan Sarawak akan dilakukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Katanya usaha berkenaan bukan sahaja berkaitan dengan SGM tetapi juga bagi merapatkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar dalam segala aspek.

--BERNAMA

Berita PPSMI

Monday, November 30, 2009

Pendidik perlu sokong pemansuhan PPSMI - TPM
an Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru perlu memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu.
''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang kontra. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia memang ada rasionalnya.
''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan perubahan yang kita buat, biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya amat rendah.
''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeorpady (kesukaran berganda).
''Jika berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi," katanya.
Muhyiddin berkata, walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI terutama di akhbar dan blog, namun suara majoriti senyap harus diambil kira.
''Mungkin 80,000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog, tapi dekat luar ada dua tiga juta lagi yang menyokong," katanya.
Beliau menambah, lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar bandar.
Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia berkhidmat di luar bandar.
Katanya, enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI).
''Jawatankuasa ini bertanggungjawab memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, logistik, personel dan penerangan demi kebaikan kualiti pendidikan kebangsaan," katanya.

Guru Bahasa Malaysia Tuntut Imbuhan

Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.
Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.
Namun kata beliau, pada masa ini kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk bagi membayar BISP kepada guru-guru yang lain.
Pada masa ini guru-guru yang menerima BISP ialah guru mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
``Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama,’’ katanya.
Sesi dialog bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut merupakan lanjutan daripada sesi penerangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihadiri lebih 1,000 warga pendidik dari seluruh negara.
Sesi dialog yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut mendengar pelbagai masalah lain termasuk masalah kekurangan guru mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.
Seorang guru besar dari Selangor mempersoalkan tentang tempoh perpindahan yang singkat guru bahasa Inggeris dari kawasan bandar ke luar bandar.
``Guru bahasa Inggeris dari bandar ini cantik, ada kereta besar, suami pangkat besar tetapi tidak lama di sekolah luar bandar kerana telah minta ditukarkan ke sekolah bandar,’’ katanya.
Justeru beliau mencadangkan agar pihak kementerian mengambil guru dari kawasan luar bandar untuk mengajar mata pelajaran tersebut kerana hanya guru-guru sedemikian yang boleh memahami dan menerima keadaan persekitaran itu.
``Hanya orang luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar,’’ katanya.
Pada sesi dialog tersebut pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh golongan guru termasuk mengenai tempoh mengajar yang lebih lama untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan tempoh mengajar yang singkat untuk mata pelajaran lain.
Turut ditanya ialah mengenai kegagalan pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Malaysia dan penggunaan sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut.
Selain itu turut dipersoalkan ialah kewajaran memberi BISP secara wang tunai kepada guru-guru terbabit sebaliknya mencadangkan agar pemberian baucar buku kepada mereka.
Dalam pada itu Alimuddin berkata, semua pandangan dan cadangan yang dilontarkan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan yang serius.
Berhubung pelbagai isu yang berbangkit mengenai perkara baru yang diperkenalkan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) beliau berkata, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.

Matapelajaran Sejarah Wajib di Sekolah Rendah

Mampu percepat proses transformasi sistem pendidikan
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib bagi semua murid di sekolah rendah, bermula dengan Tahun Satu, tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian juga sudah mengenal pasti kira-kira 500 sekolah rendah termasuk di bandar dan luar bandar yang bakal menjadi perintis pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.
Alimuddin berkata, pengenalan mata pelajaran Sejarah bukan saja selari dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, malah mampu mempercepatkan proses transformasi sistem pendidikan negara.

“Sebelum ini, Sejarah hanya menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagaimanapun, tidak lama lagi pengajaran dan pembelajaran Sejarah akan diterapkan kepada murid di sekolah rendah bermula dengan Tahun Satu.

“Keputusan mengenai bila ia akan menjadi subjek wajib sama ada mulai tahun depan atau 2011, bakal diumumkan Menteri Pelajaran, menjelang akhir tahun ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pernah mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula dari peringkat umur rendah.

Abdullah berkata, langkah berkenaan perlu kerana lazimnya pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya memasuki alam pekerjaan, tidak terdedah kepada mata pelajaran Sejarah.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, pengenalan subjek Sejarah pada peringkat awal juga membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah menjadi lebih menyeronokkan. Pada masa sama, Alimuddin berkata, kementerian juga sedang mengenal pasti pendekatan efektif bagi menangani rungutan ibu bapa mengenai masalah beg berat berikutan terlalu banyak buku yang perlu dibawa anak mereka ke sekolah.

“Kementerian akan melaksanakan sistem baru dalam membuat penilaian terhadap prestasi pelajar iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), bermula dengan murid Tahun Satu.

“Menerusi sistem baru itu, prestasi pelajar bukan saja dinilai berasaskan peperiksaan, malah turut mengambil kira aspek rohani, jasmani dan emosi secara bersepadu termasuk pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum,” katanya.

What makes a good English Teacher

Saturday, November 28, 2009

Think back to your school days for a moment, who were your favorite  teachers? Which ones did you learn more from and why?

The chances are that they were ones who made your lessons “come alive”. Engage you in your lesson as opposed to the “talk and chalk” variety!
Whilst having a sound academic background and knowledge of your subject is one thing, having the ability to relate to your students and convey your message in understandable, motivational terms is quite another. This means not only being able to relate to your learners but being able to adapt your material to suit their needs, and put it across in the most effective (personable?) form, creating a positive, supportive learning environment.

Having been a teacher trainer for many years I have little time for the teacher who delivers the same lesson verbatim, year after year, without considering their individual students’ needs and learner types, or those whose ego is so large that they are unable to relate effectively to their students.

To my mind, teaching a language requires different skills to teaching other subjects like History or Math. We don’t learn a language by talking about it; we learn a language by talking in it! Once a teacher has presented language, it is the students who should speak and use the language (as it is they who need the practice), and not the teacher talking the highest percentage of time – hence the term TTT -Teacher Taking Time.
Language teachers also need to “rough tune” their language, speaking in terms that are slightly above the level of the learner, rather than over simplify (thus providing a false model) or bombard them with meta-language.

Carl Rogers, an American psychologist suggested there are three core teacher characteristics to help create an effective learning environment.

  • Respect: Being positive and non judgmental in regards to another person
  • Empathy: Being able to see things from another person’s point of view
  • Authenticity: Being yourself without egoistic barriers or hiding behind a job title
These three qualities a far more likely to induce a more positive learning environment, where students are more inclined to take risks and take responsibility for their own learning. Communication between student and teacher becomes more open and honest and therefore a stronger bond emerges, based on mutual respect.
These qualities should not be “clothes” that a teacher puts on in the classroom. They have to be genuine intentions. A good teacher is one who not only has knowledge of their subject but has the personality to convey it in engaging, motivational terms. Therefore demonstration and participation rather than explanation is often more effective.

In short: An effective language teacher is one that cares more about their students’ learning than they do about their own teaching!

Article By Gill Hart

PPSMI

PPSMI

Pengenalan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan  mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini  juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

Senarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :
  • Sekolah rendah
  • Sekolah menengah

Jadual Waktu Mengajar 2010

Kepada Guru-Guru SK.Liau Apin-Apin Keningau

Sukacita dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu bagi setiap kelas untuk sesi akademik 2010 kini berada di tahap kemaskini akhir. Sila maklum bahawa jadual tuan/puan boleh diperolehi selepas semakan Guru Besar di Pejabat Pentadbiran pada bila-bila masa semasa cuti sekolah.

Sekian
Master Mervyn

Maklumat ICT Semasa Bil Nov/09

Monday, November 23, 2009

Untuk Perhatian Pengetua, Guru Besar, Guru Bestari, Guru ICT Sekolah, Guru Pusat Akses, Penyelaras Makmal Komputer dan Jurutueknik FT17 sekolah-sekolah Daerah Keningau:
Kontrak Kerajaan dan GITN telah pun tamat pada 30 September 2009. Oleh itu Pihak GITN tidak lagi menghantar staf teknikalnya ke sekolah jika sekolah menghadapi masalah berkaitan talian Schoolnet dan Antivirus Kaspersky di sekolah.
Sementara menunggu perlantikan vendor yang baharu, pihak GITN telah menyediakan laman portal untuk tujuan ‘update’ Antivirus Kaspersky sehingga 31 Disember 2009.
Antivirus Kaspersky boleh update di laman web berikut, hanya melalui talian School Net sahaja (url ini tidak boleh diakses melalui Broadband atau Streamix):
http://10.251.3.133
user name : kav
password : kav123
Setalah anda login, terdapat 3 pilihan … anda ikutilah arahan selanjutnya. Sila mencuba, sebarang pertanyaan Hubungi GITN di talian 1-300-88-2888

Makluman Semasa

Adalah dimaklumkan bahawa Pengagihan Buku Teks dan Pra-Persediaan Sesi Persekolahan Tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Januari 2010
Tempat: Sekolah Kebangsaan Liau Keningau
Tambahan: Semua guru adalah terlibat

Terima Kasih

Selamat Bercuti Sekolah

Pihak Sekolah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik dimana jua berada.